Skip to main content

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga - VBAC

Isyraf Hafiy Bin Nor Kadri
(Hero Ke-3) 

11/02/2019 - Isnin

Pagi-pagi dah ready nak serah diri. Walaupun dah 2 minggu rasa braxton hicks kuat tapi tak pergi lagi check. Sebab berjaya tidur. So, false alarm lah kan.

Awal pagi on the way nak ke hospital, klinik call tanya dah ke hospital ke belum.

Tak lama lepas tu, HKL pulak call untuk remind yang hari ni kena serah diri. Stuck dalam jammed. huhu.

Sebenarnya saya dijadualkan untuk bersalin secara czer pada 12/02/2019. Sebab apa? okay pregnant anak ke-3 ni jarak dekat. Kiranya bersalin ni, anak kedua baru umur 1 tahun 10 bulan. Bermakna luka czer masa bersalin anak kedua baru 22 bulan.

Sebelum ni follow up dengan Hospital Serdang sebab awal pregnancy detect cyst. Masa follow up sini, doc cakap boleh cuba VBAC sebab luka lebih 18 bulan.

Tapi, decide nak bersalin dekat HKL sebab dua2 anak bersalin sini sebelum ni.

Bila follow up HKL terus dapat tarikh untuk czer 😭 . Tanya doc nak normal sebab anak first dulu bersalin normal. Tapi doc cakap tak boleh. Sebab poor spacing.

Memang sedih la rasa. Down sangat. Mula baca pengalaman orang lain. Boleh je VBAC. Tapi ada sesetengah doc mungkin tak nak ambil risiko.

Okay, berbalik kepada hari serah diri. Suami, mak...tanya betul ke nak serah diri ni?Cakap ya, sebab Allah penentu segalanya kan? Memang doa banyak2 supaya ada doc yang akan bantu saya untuk cuba VBAC.

Alamdulillah termakbul. Sampai je dekat PAC prosedur sama. Buat VE jugak. Check ada bukaan 1cm. Memang dah ada contraction.

Wad tak sesak hari ni. Siap daftar masuk wad semua. Sampai masa specialist round wad beliau tanya awak ke request nak czer?Saya cakap la tak. Saya tak diberi pilihan untuk VBAC pun.

Doc tanya, "awak nak cuba bersalin normal?" saya jawab "Nak doktor. Saya nak cuba sebab anak first dulu pun saya bersalin normal"

"Okay, good. Boleh je nak normal. Tak ada masalah". Alhamdulillah. Seronok sangat.

11 pagi check 1cm, 6 petang check baru 2cm. 12 tgh malam check 3cm. Rasa seram dengan progress. Takut jadi macam anak no 2 bukaan lambat. Tapi memang nurse kerap datang la buat ctg dan check contraction punya timing.

12/02/2019 - Selasa

6.45 pagi doc buat VE. Okay, bukaan dah 4cm. So, boleh proceed LR. Tapi doc nak tengok graf ctg dulu.

Siap breakfast semua, 10.30 pagi masuk LR. 11.30 pagi Doc pecahkan ketuban. Ok, settle semua suami boleh teman.

Masa ni layan mild contraction. 2 in 10 je. 1.30 t/hari nurse masukkan ubat. Lupa nama apa. Untuk bantu bukaan. So, suami pergi solat zohor dulu.

Lepas tu mula sakit kuat sikit. Masih 2 in 10. Masa ni risau lah teringat pengalaman anak kedua. Bukaan lambat. 2.30ptg doc buat VE baru 5cm.

Duk ulang tanya dah bila nak bagi epidural. Epidural untuk bantuan kurang risiko pada parut lama czer bila contraction.

Doc cakap Dr bius banyak kes emergency di OT. uhuhu. So, tahan jela sebab tak sakit teruk lagi. Pukul 4 petang sakit kuat 3 in 10 dah. Rasa tak sempat nak ambik nafas.

Mula la dah start keluar suara. Tadi behave je kan. Haha. Dia mai punya contraction kuat tu dah bising2 suruh suami tanya doc bila nak ambil epidural ni.

"Dr bius masih dekat OT." Waa...nak meraung sungguh masa tu. Tapi suara memang dah keluar dah.

Sekali midwife perasan macam dah sakit sangat. Check jalan dah 8cm. Masa tu pukul 4.20 petang kot. "awak rasa nak berak, berak je"

4.30 petang tu rasa tak tahan dah. So, doktor semua datang prepare. fully! ok ready. Jadi pasukan sorakan lah mereka. 3 kali push rasanya selamat lah baby keluar.

Alhamdulillah. Berjaya bersalin normal. Doc cakap ada pergi kelas ke?pandai teran. Jahit pun sikit je. Tak sempat pun ambil epidural.

Sepanjang dalam LR layan contraction tak ada sakit pada parut czer tu. Alhamdulillah.

Memang sejak anak no. 2 umur 8 bulan Faz konsisten amalkan ESP dan vitamin c shaklee untuk luka dalaman. Faz ambil fullset hamil shaklee masa pregnant.

Masa berpantang pun ambil set pantang shaklee. Habis pantang minum vivix. Subhanallah. Rasa best sangat badan ni. Muka pun tak pucat.

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut mana2 produk shaklee yang korang nak consume boleh whatsapp Faz 0132034149

9 bulan 😁

Comments

Popular posts from this blog

Produk Selamat Pulihkan Muka Breakout

Stress nya kalau muka kita ada masalah-masalah ni : 1. Jerawat 2. Jeragat 3. Kawah jerawat 4. Liang pori besar 5. Whiteheads 6. Blackheads 7. Sunburn 8. Muka kering 9. Muka berminyak 10. Kedutan di sekitar mata 11. Parut jerawat Bila cuba skincare yang menjanjikan kesan 3 hari, teruja. Tapi tak tahu yang produk tu mengandungi bahan kimia. Bila pakai mulus cuma sementara. Lepas tu muka breakout. Lagi lah bertambah stress berganda-ganda. Jadi, Faz nak share skincare yang terbukti berkesan dan selamat keluaran terbaru Shaklee. Bebas 1500 bahan kimia. Kajian telah dijalankan selama 8 tahun juga beserta ujian klinikal. APA ITU YOUTH? Produk penjagaan kulit yang direka oleh Shaklee untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri. Ianya dikeluarkan selepas  8 tahun kajian  dan  100% adalah selamat dan bebas bahan kimia. Untuk kekal muda sama seperti apa yang anda rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa hadapan, anda te

Pengedar Shaklee-Vivix Kuala Lumpur Dan Selangor Aktif 202

PENGEDAR VIVIX SHAKLEE AKTIF TERKINI 2023 Anda mencari Pengedar Shaklee Aktif?Yang boleh bimbing anda cara pengambilan produk berkesan dan konsultasi berterusan?Anda boleh hubungi saya.     Hubungi Saya : H/P :  013-2034149  (Klik untuk terus ke inbox whatsapp) ID : 1283156  Facebook :  Faz Yaakub Instagram : @fazyaakub Tik Tok : @fazyaakub Blog :  http://fazyaakub.blogspot.com Email : fazkad89@gmail.com SIAPA SAYA? Hai, saya  Puan Norfazilah Binti Yaakub  atau lebih dikenali sebagai  Puan Faz . Saya adalah pengedar dan leader shaklee yang komited untuk membantu para pelanggan dapatkan produk yang bersesuaian dengan masalah dan mengikut bajet. InshaAllah, dengan setiap pembelian anda akan diberikan cara pengambilan yang betul malah dapat konsultasi berterusan.  Talian whatsapp saya dibuka 24 jam  untuk anda buat pertanyaan. MERUPAKAN PENGGUNA SHAKLEE Saya juga adalah pengguna produk shaklee bermula dengan set bajet untuk penyembuhan luka