Skip to main content

5 Tahun Bersama Shaklee - Now Full time with husband

 Assalamualaikum semua,

Terima kasih yang singgah blog Faz. Lambat update. Banyak moment yang Faz tak update dalam blog ni.

Pejam celik pejam celik dah 5 tahun bersama Shaklee. Lambat update. 8 Disember 2022 genap 5 tahun Faz buat Bisnes Shaklee. 

Alhamdulillah. Selepas macam-macam bisnes Faz buat, Shaklee ni serasi dengan Faz.

Dari seorang yang selalu sakit2, Alhamdulillah lebih sihat sekarang. Moga Allah pelihara kesihatan ini. 

Banyak yang Faz masih perlu kerja keras untuk berjuang. 

Sekitar 2019 tak silap. Ini je builder Aktif yang kami ada

2020 dan 2021 adalah tahun cemerlang Faz dan suami sepanjang buat Shaklee. 

Januari 2020 Faz berada di Pangkat ke-3 dalam Shaklee. 2021 penutup sebagai Senior Key Coordinator iaitu pangkat ke-6 dalam Shaklee. Selangkah lagi kami ke tangga terakhir iaitu Master Coordinator.

Team datang dan pergi itu biasa. Bisnes apa pun. Sektor pekerjaan apa pun, team datang dan pergi.

Tiba2 teringat pulak masa lepas SPM kerja KFC. Bertahan sekejap saja.

Sama juga lah dengan Bisnes ni. Alhamdulillah, masih ada yang setia dengan kami untuk membina legasi perniagaan dengan Shaklee. 

Yang nampak peluang dan masa depan bersama Shaklee untuk sepanjang hayat, InsyaAllah perjalanannya di teruskan.

Sebahagian Leader yang masih aktif dan masih berjuang dalam Shaklee 

Keputusan untuk suami resign pada hujung 2021 lepas kami fikir-fikir untuk mudah hantar ambil anak sekolah.

Sebab Faz tunggu hari nak bersalin. Masa ni kan pandemik lagi, jadi waktu tu tak pasti lagi sekolah akan buka bila. Kami expect Januari lah buka. 

Bila difikir-fikir dan kata sepakat suami resign. Kalau sekolah buka Januari, Faz tengah pantang lagi.

Kami agak paranoid nak ambil Khidmat bas sekolah. 

Jadi, itulah keputusan muktamad yang kami ambil. 

Begitulah cerita macam mana suami buat full time bisnes Shaklee ni dengan Faz. 

Alhamdulillah. Sampai sekarang.

Doakan kami dapat bantu lebih ramai untuk tambah pendapatan ya.


Terima kasih luangkan masa baca entry ni.


Daftar Perniagaan bersama Shaklee ⤵️

013-2034149

Comments

Popular posts from this blog

Second VBAC - Pengalaman Bersalin Anak Ke-4

 ALHAMDULILLAH. . . Lahirnya hero yang ke-4 pada Hari Khamis, 02-12-21, 8.26 malam, Normal, 3KG, 39w4d SEDIKIT KRONOLOGI SEBAGAI KENANGAN ISNIN - 29/11/21 Lepas maghrib daftar dekat PAC. ctg semua cantik contraction tinggi. Bukaan 3cm. Doktor proceed untuk masuk wad, buat rtk semua -ve. Pukul 3 pagi dapat katil. SELASA - 30/11/21 Hari closing ni tiba2 contraction stabil je. Macam tak ada. Memang Relax2 layan closing. Cuma keadaan diri je sakit pinggang ke bawah. Kemungkinan kesan jatuh masa awal mengandung. RABU - 01/12/21 Bila doktor round rupanya bukaan baru 2cm. Serviks pun masih 2cm. Allahuakbar masa ni contraction ada dah. Risau kena czer lagi. Sebab progress lambat. Doktor mula berkira2 untuk discharge, tapi bila tahu ni anak ke-4 doktor ambil keputusan untuk induce belon. Pukul 12 tengahari induce belon. Petang tu je sakit dan turun tanda darah. Ingatkan dah nak bersalin. Sakit 3 in 10. KHAMIS - 02/12/21 Pukul 5 pagi pergi toilet nak buang air kecil, tup jatuh belon tu. 6 pa...

Pengalaman Ada Masalah Placenta Previa (Uri Bawah) Type 2

  Gambar ihsan google Pengalaman Kena Placenta Previa Type 2. Tak ingat dah kandungan berapa week masa tu. Yang pasti pregnant dekat Irfan. Masa awal2 pregnant dekat Akim, masa duduk dengan mertua duduk Kuarters polis kena naik turun tangga. Untuk sesetengah orang maybe ok. So, pindah kejap duduk dengan kakak sebab rumah ground floor. Untuk elak uri bawah kalau orang kita panggil. Office pun kena naik turun tangga. Masa pregnant Irfan dah start pindah Balakong. Rumah tingkat 3. Banyak naik turun tangga. Tup2 detect PP Type 2. Kena refer pakar. Sebab tu duduk rumah adik lebih awal sampai lah bersalin nak elak turun naik tangga. Risiko kepada ibu sebab boleh bleeding dengan banyak. Biasanya Type 3 dan 4 kena masuk wad. Macam Faz bila detect tu banyakkan baring la. Bila PP Type 3 dan 4 tu kena Czer. Macam type 2 tu pun  nampak sukar nak try normal. Risiko. Alhamdulillah. Lepas follow up lagi dengan doktor pakar Uri dah naik balik. Tapi, kes Irfan memang Faz kena Emergency czer ju...