Skip to main content

Menyesal Lambat Join Shaklee

Assalamualaikum semua,

Ni nak cerita sikit la kan.. Rasa menyesal lambat join shaklee. Kenal shaklee ni pun sebab adik saya yg nurse ni consume shaklee. Kadang pelik jugak tengok dia punya kulit bersih, hb waktu pregnant ok..Yg paling jeles tengok dia ni mcm x penat je even keje shift.


MULA TERTARIK DENGAN SHAKLEE

Asalnya tertarik dengan shaklee ni tengok esp tu. Tengok packaging pun I dah terliur. HAHA. Jadi....KISAHNYA pulak, mcm mana saya boleh terjebak nak join shaklee?

First memang rasa nak kena consume something lah..Lepas bersalin anak kedua ni badan mudah rasa lemah. Mental pun jadi tak kuat nak urus anak yg tengah melasak.

Untuk pengetahuan, anak kedua ni saya bersalin secara caesarean. Jadi kesan2 selepas bersalin tu sukar hilang terutamanya cepat terasa lenguh dan sakit belakang. Paling haru terus naik jeragat...ommai....yg ni mmg susah nak terima 😂😂

GOOGLE PRODUK2 UNTUK SELEPAS BERSALIN

Dah nama duduk rumah, tak ada komitmen kerja dengan bos kan...So apa lagi, mula la survey2 produk untuk lepas bersalin. Lebih yakin lagi dengan shaklee sebab ada landmark study dan semestinya natural product. Tak berani nak consume produk sembarangan.

LUPAKAN BISNES LAIN UNTUK FOKUS

Rasanya sudah lama saya menghabiskan masa berharga untuk bercinta dengan ruang kerjaya dengan shaklee. Tapi, kalau tak lalui semua fasa cara berbisnes dropship semua tu tak ada lah pengalaman kan.

Saya nekad join shaklee sebab kekuatan produk itu sendiri. Tambahan pula baru2 ini saya gagal lagi interview di sebuah firma consultant. Rasa kecewa tu memang ada. Tapi siapa lah saya untuk tidak percaya pada Qada dan Qadar.

Lama saya cari kekuatan dan mula baca blog2 perjalanan bisnes shaklee. Jadi, saya nampak laluan untuk saya cuba langsaikan hutang sewaktu belajar dahulu yg saya kira sudah boleh sebiah kereta import secara cash.

Alhamdulillah, ditakdirkan saya ternampak post Key Coordinator Kak ziela. Terus whatsapp tanya sebab nak join padahal friendlist saya ramai je leader2 shaklee. Tapi, ada aura lain pada Kak Ziela ni. Orang cakap pemilihan group pun penting kan.


InshaAllah lepas ni Faz share feedback consume ESP dan Vita C Plus ye?Stay Tuned 😉

**Menyesal lambat join sebab modal tak sampai RM80 pun dah boleh start apa yg ada.

Sekian coretan,

Faz Yaakub
SID 1283156
HP : +60 13 203 4149



Comments

Popular posts from this blog

5 Tahun Bersama Shaklee - Now Full time with husband

 Assalamualaikum semua, Terima kasih yang singgah blog Faz. Lambat update. Banyak moment yang Faz tak update dalam blog ni. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun bersama Shaklee. Lambat update. 8 Disember 2022 genap 5 tahun Faz buat Bisnes Shaklee.  Alhamdulillah. Selepas macam-macam bisnes Faz buat, Shaklee ni serasi dengan Faz. Dari seorang yang selalu sakit2, Alhamdulillah lebih sihat sekarang. Moga Allah pelihara kesihatan ini.  Banyak yang Faz masih perlu kerja keras untuk berjuang.  Sekitar 2019 tak silap. Ini je builder Aktif yang kami ada 2020 dan 2021 adalah tahun cemerlang Faz dan suami sepanjang buat Shaklee.  Januari 2020 Faz berada di Pangkat ke-3 dalam Shaklee. 2021 penutup sebagai Senior Key Coordinator iaitu pangkat ke-6 dalam Shaklee. Selangkah lagi kami ke tangga terakhir iaitu Master Coordinator. Team datang dan pergi itu biasa. Bisnes apa pun. Sektor pekerjaan apa pun, team datang dan pergi. Tiba2 teringat pulak masa lepas SPM kerja KFC. Bertah...

Second VBAC - Pengalaman Bersalin Anak Ke-4

 ALHAMDULILLAH. . . Lahirnya hero yang ke-4 pada Hari Khamis, 02-12-21, 8.26 malam, Normal, 3KG, 39w4d SEDIKIT KRONOLOGI SEBAGAI KENANGAN ISNIN - 29/11/21 Lepas maghrib daftar dekat PAC. ctg semua cantik contraction tinggi. Bukaan 3cm. Doktor proceed untuk masuk wad, buat rtk semua -ve. Pukul 3 pagi dapat katil. SELASA - 30/11/21 Hari closing ni tiba2 contraction stabil je. Macam tak ada. Memang Relax2 layan closing. Cuma keadaan diri je sakit pinggang ke bawah. Kemungkinan kesan jatuh masa awal mengandung. RABU - 01/12/21 Bila doktor round rupanya bukaan baru 2cm. Serviks pun masih 2cm. Allahuakbar masa ni contraction ada dah. Risau kena czer lagi. Sebab progress lambat. Doktor mula berkira2 untuk discharge, tapi bila tahu ni anak ke-4 doktor ambil keputusan untuk induce belon. Pukul 12 tengahari induce belon. Petang tu je sakit dan turun tanda darah. Ingatkan dah nak bersalin. Sakit 3 in 10. KHAMIS - 02/12/21 Pukul 5 pagi pergi toilet nak buang air kecil, tup jatuh belon tu. 6 pa...

Pengalaman Ada Masalah Placenta Previa (Uri Bawah) Type 2

  Gambar ihsan google Pengalaman Kena Placenta Previa Type 2. Tak ingat dah kandungan berapa week masa tu. Yang pasti pregnant dekat Irfan. Masa awal2 pregnant dekat Akim, masa duduk dengan mertua duduk Kuarters polis kena naik turun tangga. Untuk sesetengah orang maybe ok. So, pindah kejap duduk dengan kakak sebab rumah ground floor. Untuk elak uri bawah kalau orang kita panggil. Office pun kena naik turun tangga. Masa pregnant Irfan dah start pindah Balakong. Rumah tingkat 3. Banyak naik turun tangga. Tup2 detect PP Type 2. Kena refer pakar. Sebab tu duduk rumah adik lebih awal sampai lah bersalin nak elak turun naik tangga. Risiko kepada ibu sebab boleh bleeding dengan banyak. Biasanya Type 3 dan 4 kena masuk wad. Macam Faz bila detect tu banyakkan baring la. Bila PP Type 3 dan 4 tu kena Czer. Macam type 2 tu pun  nampak sukar nak try normal. Risiko. Alhamdulillah. Lepas follow up lagi dengan doktor pakar Uri dah naik balik. Tapi, kes Irfan memang Faz kena Emergency czer ju...