Skip to main content

Pengalaman Berhenti Kerja

Assalamualaikum. . .

Baru hari ni tergerak hati nak menulis sedikit coretan tentang pengalaman berhenti kerja.

Grad pada Januari 2014. Siapa yang tak happy kan dapat buat degree 3 tahun. Memang plan habis baik susun segala subjek dan jadual. Grad sama2 dengan roommate. Kami berpakat untuk buat 3 tahun je degree.

Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran dan saya pernah repeat 1 paper dapat juga habiskan degree. 1 Februari 2014 saya ikat pertunangan. Masa ni tak kerja pun lagi. Tunang (kini suami) dah pun kerja sebab dia habis study dulu.

Mac 2014 saya mula bekerja di firma consultant. Alhamdulillah rezeki cepat masa ni. Walaupun masa tu saya seorang sahaja engineer dalam syarikat tu. Terus terima tawaran sebab target nak kumpul duit untuk kahwin.

8 Ogos 2014 saya bernikah. At the same time dapat offer lebih baik. Kiranya tak lama lepas kahwin tu lah saya pergi tempat baru. Tapi masa tu alah teruk sangat sebab baru je disahkan pregnant.

Saya ambil keputusan untuk berhenti dan kembali semula bekerja tempat lama. Sebab tempat lama kalau waktu rehat boleh jugak baring2. Memang penangan yg dasyat untuk first pregnancy ni. Muka ni jugak yang selalu wujud kat ED.

Muntah tu jangan cakap lah. Tiap2 hari orang ofis terpaksa dengar saya muntah2. Check up pulak dari awal dah jadi 2 minggu sekali sebab hb low. Masa ni ambil time slip je. Demam dan migraine mmg selalu jadi. Jadi dekat2 hujung bulan 3 mintak cuti tanpa gaji lebih awal. Memang haru dah nak bekerja pun. Hampir accident masa balik kerja sebab tiba2 rasa nak pitam.

Walaupun due patutnya 26 Mei 2015 saya ambil cuti tanpa gaji lebih awal. Sambil2 tu buat jugak kerja ofis tu dari rumah. Tak lama lepas tu ada engineer baru. Saya pun teruskan cuti sampai selamat deliver pada 01/06/2015. Overdue 6 hari.

Masa berpantang saya dinasihatkan untuk resign sebab dah ada engineer. Projek pun tengah slow. Jadi saya hantar surat berhenti kerja dan meneruskan misi mencari kerja baru. Banyak interview yang saya pergi dan isu ada anak kecil sedikit berbangkit walaupun saya sudah ada pengalaman kerja.

Lepas tu hari2 apply job kat jobstreet. Sekarang tengah sarat mengandung anak kedua. Sepanjang tempoh tidak bekerja, saya buat bisnes online kecil-kecilan. Walaupun baru2 ni ada company panggil interview dan tak kisah saya tengah sarat mengandung(mungkin bukan urgent vacancy) suami mula bagi hint yang dia lebih selesa saya jadi WAHM.

Sekarang saya rasa lebih selesa bekerja dari rumah dan mula berjinak-jinak dengan bisnes tudung jenama sendiri.

Diringkaskan cerita, percaya pada rezeki. InshaAllah kejayaan milik setiap yang berusaha.

Sekian coretan dari faz yaakub :)


Comments

Popular posts from this blog

Produk Selamat Pulihkan Muka Breakout

Stress nya kalau muka kita ada masalah-masalah ni : 1. Jerawat 2. Jeragat 3. Kawah jerawat 4. Liang pori besar 5. Whiteheads 6. Blackheads 7. Sunburn 8. Muka kering 9. Muka berminyak 10. Kedutan di sekitar mata 11. Parut jerawat Bila cuba skincare yang menjanjikan kesan 3 hari, teruja. Tapi tak tahu yang produk tu mengandungi bahan kimia. Bila pakai mulus cuma sementara. Lepas tu muka breakout. Lagi lah bertambah stress berganda-ganda. Jadi, Faz nak share skincare yang terbukti berkesan dan selamat keluaran terbaru Shaklee. Bebas 1500 bahan kimia. Kajian telah dijalankan selama 8 tahun juga beserta ujian klinikal. APA ITU YOUTH? Produk penjagaan kulit yang direka oleh Shaklee untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri. Ianya dikeluarkan selepas  8 tahun kajian  dan  100% adalah selamat dan bebas bahan kimia. Untuk kekal muda sama seperti apa yang anda rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa hadapan, anda te

Pengedar Shaklee-Vivix Kuala Lumpur Dan Selangor Aktif 202

PENGEDAR VIVIX SHAKLEE AKTIF TERKINI 2023 Anda mencari Pengedar Shaklee Aktif?Yang boleh bimbing anda cara pengambilan produk berkesan dan konsultasi berterusan?Anda boleh hubungi saya.     Hubungi Saya : H/P :  013-2034149  (Klik untuk terus ke inbox whatsapp) ID : 1283156  Facebook :  Faz Yaakub Instagram : @fazyaakub Tik Tok : @fazyaakub Blog :  http://fazyaakub.blogspot.com Email : fazkad89@gmail.com SIAPA SAYA? Hai, saya  Puan Norfazilah Binti Yaakub  atau lebih dikenali sebagai  Puan Faz . Saya adalah pengedar dan leader shaklee yang komited untuk membantu para pelanggan dapatkan produk yang bersesuaian dengan masalah dan mengikut bajet. InshaAllah, dengan setiap pembelian anda akan diberikan cara pengambilan yang betul malah dapat konsultasi berterusan.  Talian whatsapp saya dibuka 24 jam  untuk anda buat pertanyaan. MERUPAKAN PENGGUNA SHAKLEE Saya juga adalah pengguna produk shaklee bermula dengan set bajet untuk penyembuhan luka

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga - VBAC

Isyraf Hafiy Bin Nor Kadri (Hero Ke-3)  11/02/2019 - Isnin Pagi-pagi dah ready nak serah diri. Walaupun dah 2 minggu rasa braxton hicks kuat tapi tak pergi lagi check. Sebab berjaya tidur. So, false alarm lah kan. Awal pagi on the way nak ke hospital, klinik call tanya dah ke hospital ke belum. Tak lama lepas tu, HKL pulak call untuk remind yang hari ni kena serah diri. Stuck dalam jammed. huhu. Sebenarnya saya dijadualkan untuk bersalin secara czer pada 12/02/2019. Sebab apa? okay pregnant anak ke-3 ni jarak dekat. Kiranya bersalin ni, anak kedua baru umur 1 tahun 10 bulan. Bermakna luka czer masa bersalin anak kedua baru 22 bulan. Sebelum ni follow up dengan Hospital Serdang sebab awal pregnancy detect cyst. Masa follow up sini, doc cakap boleh cuba VBAC sebab luka lebih 18 bulan. Tapi, decide nak bersalin dekat HKL sebab dua2 anak bersalin sini sebelum ni. Bila follow up HKL terus dapat tarikh untuk czer 😭 . Tanya doc nak normal sebab anak first dulu bersalin