Skip to main content

Tanda-tanda hamil

Assalamualaikum,

Nak share lah pengalaman Faz masa mula-mula dapat tahu diri ni pregnant. Setiap orang tak sama ye simptomnya.

Ni antaranya :

1. Perut Rasa Sebu

Simptom ni masa seminggu sebelum dapat tahu pregnant. Tengah malam nak tidur rasa perut ni mcm kembung tak selesa. Mula2 ingat nak jadi gastrik sebab faz mmg ada gastrik, tapi tak teruk.

Pergi klinik doktor bagi ubat gastrik. Nasib okay je kan. Yelah benda baru nak jadi then kita ambil ubat kan.

2. Demam

Ingat lagi masa 13 September 2014 (Sabtu) Family Day company husband. Masa sampai tu rasa macam tak sedap badan. Seram sejuk. Tiba2 je selera makan tak ada. Makanan jangan cakap lah. Memang best2. Sedih betul x dapat menikmati makanan yang ada.

Balik dari Family Day terus ke Ampang Point. Main boling haaa. Seorang 4 games main. Huhu. Memang main gila2.

Balik tu, tengah malam rasa mcm nak buat upt jem Padahal due period pun belum sampai. Bila check...Opps! 2 line naik. Excited kemain terus tunjuk kat husband. Masa ni guna brand dip n tell. Memang boleh detect awal  3 hari sebelum tarikh period sepatutnya datang Faz check tu.

Masa ni line kabur je. So kena la test lagi nanti. Alhamdulillah semakin terang.. Dalam 6w kot baru pergi buat upt kat KK pulak. Konon nak sahkan..hehe.

Alhamdulillah.. Anak pun dah Setahun 3 bulan dah..

Okay, sebelum tutup entri ni, Ni antara tanda2 hamil..Sumber : babycenter

  • 1. Mengidam


    Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidamkadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

    Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang diidamkan wanita semasa hamil dan apakah tandanya.
  • 2. Warna areola menjadi gelap


    Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
  • 3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi


    Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
  • 4. Kerap membuang air kecil


    Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
  • 5. Keletihan


    Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
  • 6. Payudara melembut dan membengkak


    Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

    Baca lebih lanjut mengenai payudara sakit.
  • 7. Deria rasa berubah


    Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
  • 8. Mabuk hamil pagi


    Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
  • 9. Tidak datang haid


    Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
  • 10. Ujian kehamilan yang positif


    Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus kebahagian kehamilan kami. Tahniah!

    Tidak dapat bertahan dengan pening dan loya? Turut sertalah dalam komuniti kami dan lihat apa kata ibu-ibu lain.

Comments

Popular posts from this blog

Produk Selamat Pulihkan Muka Breakout

Stress nya kalau muka kita ada masalah-masalah ni : 1. Jerawat 2. Jeragat 3. Kawah jerawat 4. Liang pori besar 5. Whiteheads 6. Blackheads 7. Sunburn 8. Muka kering 9. Muka berminyak 10. Kedutan di sekitar mata 11. Parut jerawat Bila cuba skincare yang menjanjikan kesan 3 hari, teruja. Tapi tak tahu yang produk tu mengandungi bahan kimia. Bila pakai mulus cuma sementara. Lepas tu muka breakout. Lagi lah bertambah stress berganda-ganda. Jadi, Faz nak share skincare yang terbukti berkesan dan selamat keluaran terbaru Shaklee. Bebas 1500 bahan kimia. Kajian telah dijalankan selama 8 tahun juga beserta ujian klinikal. APA ITU YOUTH? Produk penjagaan kulit yang direka oleh Shaklee untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri. Ianya dikeluarkan selepas  8 tahun kajian  dan  100% adalah selamat dan bebas bahan kimia. Untuk kekal muda sama seperti apa yang anda rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa ha...

Pengedar Shaklee-Vivix Kuala Lumpur Dan Selangor Aktif 202

PENGEDAR VIVIX SHAKLEE AKTIF TERKINI 2023 Anda mencari Pengedar Shaklee Aktif?Yang boleh bimbing anda cara pengambilan produk berkesan dan konsultasi berterusan?Anda boleh hubungi saya.     Hubungi Saya : H/P :  013-2034149  (Klik untuk terus ke inbox whatsapp) ID : 1283156  Facebook :  Faz Yaakub Instagram : @fazyaakub Tik Tok : @fazyaakub Blog :  http://fazyaakub.blogspot.com Email : fazkad89@gmail.com SIAPA SAYA? Hai, saya  Puan Norfazilah Binti Yaakub  atau lebih dikenali sebagai  Puan Faz . Saya adalah pengedar dan leader shaklee yang komited untuk membantu para pelanggan dapatkan produk yang bersesuaian dengan masalah dan mengikut bajet. InshaAllah, dengan setiap pembelian anda akan diberikan cara pengambilan yang betul malah dapat konsultasi berterusan.  Talian whatsapp saya dibuka 24 jam  untuk anda buat pertanyaan. MERUPAKAN PENGGUNA SHAKLEE Saya juga adalah pengguna prod...

5 Tahun Bersama Shaklee - Now Full time with husband

 Assalamualaikum semua, Terima kasih yang singgah blog Faz. Lambat update. Banyak moment yang Faz tak update dalam blog ni. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun bersama Shaklee. Lambat update. 8 Disember 2022 genap 5 tahun Faz buat Bisnes Shaklee.  Alhamdulillah. Selepas macam-macam bisnes Faz buat, Shaklee ni serasi dengan Faz. Dari seorang yang selalu sakit2, Alhamdulillah lebih sihat sekarang. Moga Allah pelihara kesihatan ini.  Banyak yang Faz masih perlu kerja keras untuk berjuang.  Sekitar 2019 tak silap. Ini je builder Aktif yang kami ada 2020 dan 2021 adalah tahun cemerlang Faz dan suami sepanjang buat Shaklee.  Januari 2020 Faz berada di Pangkat ke-3 dalam Shaklee. 2021 penutup sebagai Senior Key Coordinator iaitu pangkat ke-6 dalam Shaklee. Selangkah lagi kami ke tangga terakhir iaitu Master Coordinator. Team datang dan pergi itu biasa. Bisnes apa pun. Sektor pekerjaan apa pun, team datang dan pergi. Tiba2 teringat pulak masa lepas SPM kerja KFC. Bertah...