Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Pengalaman Berhenti Kerja

Assalamualaikum. . . Baru hari ni tergerak hati nak menulis sedikit coretan tentang pengalaman berhenti kerja. Grad pada Januari 2014. Siapa yang tak happy kan dapat buat degree 3 tahun. Memang plan habis baik susun segala subjek dan jadual. Grad sama2 dengan roommate. Kami berpakat untuk buat 3 tahun je degree. Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran dan saya pernah repeat 1 paper dapat juga habiskan degree. 1 Februari 2014 saya ikat pertunangan. Masa ni tak kerja pun lagi. Tunang (kini suami) dah pun kerja sebab dia habis study dulu. Mac 2014 saya mula bekerja di firma consultant. Alhamdulillah rezeki cepat masa ni. Walaupun masa tu saya seorang sahaja engineer dalam syarikat tu. Terus terima tawaran sebab target nak kumpul duit untuk kahwin. 8 Ogos 2014 saya bernikah. At the same time dapat offer lebih baik. Kiranya tak lama lepas kahwin tu lah saya pergi tempat baru. Tapi masa tu alah teruk sangat sebab baru je disahkan pregnant. Saya ambil keputusan untuk berhenti dan