Tentunya Jeragat membuatkan seseorang mudah jadi rendah diri dan hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang. Apa yang menyebabkan jeragat terhasil? 6 Punca Jeragat Yang Wajib Anda Tahu Berikut adalah antara punca bagaimana jeragat boleh terjadi. Mungkin anda juga masih keliru sebelum ni muka ok je, tapi dah mula nampak sikit2 jeragat terhasil. Sebelum ianya merebak pastinya anda ingin hapuskan secepat mungkin kan? Ok, jom tengok apa puncanya. 1. Matahari Sinar matahari mengandungi sinar UB A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. Untuk hilangkan jeragat, punca utama ini mesti dibendung. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit. 2. Kehamilan Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit ketika hamil. Kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat. 3. Raw...